Nota Teknik dan Komposisi Fotografi
Sebelum memulakan tugasan satu iaitu pembinaan portfolio digital foto ini, saya telah mempelajari tentang pelbagai teknik dan komposisi fotografi. Malahan, selepas pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah kursus FTGK3013, Encik Zaki, saya juga dapat mempelajari teknik dan komposisi fotografi dengan lebih mendalam.
Yang berikut merupakan nota yang saya rumuskan:
10 Teknik Fotografi
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat fokus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
2. Teknik Siluet
Suatu teknik menggambar dengan cara menutup pada bahagian objek gambar dengan menggunakan satu warna sehingga nantinya hanya terlihat bentuk globalnya (siluet).
3. Teknik High Speed
Teknik menangkap gambar dengan shutter speed yang sangat cepat. Tujuan dari high speed photography adalah membekukan benda yang bergerak cepat.
4. Teknik Landskap
Penciptaan foto landskap yang indah tidak boleh dipisahkan dari pilihan masa yang sesuai. Waktu awal pagi dan dua jam sebelum matahari terbenam adalah sesuai dengan keadaan cahaya.
5. Teknik Close Up
Imej yang dirakamkan dari jarak dekat.
6. Teknik Low Speed
Salah satu teknik memotret dengan menggunakan shutter speed yang rendah. Angkanya adalah mulai dari lebih dari 2 detik hingga seper tiga puluh detik (1/30s).
7. Teknik Low Angle
Teknik pengambilan sudut ini adalah kebalikan dari high angle. Jadi, fotografer akan mengambil dari sudut bawah ke atas. Posisi kamera harus berada di bawah kepala objek.
8. Teknik Monokrom
Menyeimbangkan semua elemen seperti tekstur, kontras nada, bentuk, ujud, dan pencahayaan untuk menciptakan gambar yang layak dikenang.
9. Teknik Panning
Teknik ini digunakan dalam foto aksi atau sukan. Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shuttle pada kelajuan shutter yang agak perlahan. Hasil daripada teknik ini ialah imej objek yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yang statik akan kelihatan kabur.
10. Teknik Night Shot
Pengambilan foto di luar ruangan pada malam hari dengan rentang waktu mulai senja hingga fajar. Ada banyak objek foto yang biasa masuk ke dalam fotografi malam. Misalnya, lalu lalang kendaraan di jalan raya, kota, pergerakan bintang dan sebagainya.
8 Komposisi Fotografi
1. Titik Fokus
Memfokuskan kepada satu subjek secara jelas dan tepat.
2. Rule Of Thirds
Subjek berada pada tiga garisan bersilang dalam sebuah gambar sama ada di sebelah kanan ataupun kiri gambar.
3. Keseimbangan Simetri dan Asimetri
Subjek mempunyai bentuk yang sama (simetri), dan bentuk yang tidak sama (asimetri).
4. Leading Lines
Terdapat 1 atau lebih garisan dalam satu gambar; horizontal lines, vertical lines atau curving lines.
5. Shape and Form
Menampakkan bentuk subjek sama ada 2D (tanpa bayang-bayang) ataupun 3D (mempunyai bayang-bayang).
6. Pattern & Texture
Menampakkan bentuk-bentuk subjek secara dekat dan jelas.
7. Framing
Mempunyai 'alat' sebagai bingkai pada sudut gambar.
Bentuk bingkai adalah tidak tetap.
8. Diagonal
Terdapat 1 garisan atau lebih yang bertemu antara satu sudut ke satu sudut di dalam gambar.
0 comments:
Post a Comment