6.1 Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam Fotografi
Unsur Seni dalam Fotografi
1. Garisan
Terdapat berbagai jenis garisan di persekitaran kita, namun yang paling ketara adalah garisan melintang (horizontal), menegak (vertical) dan menyerong (diagonal). Jenis-jenis garisan lain termasuklah bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, zigzag dan sebagainya.
Kita umumnya menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk, pada intinya, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu ramai.
Ketika shape sendiri dapat mengidentifikasikan objek, masih diperlukan bentuk untuk memberi kesan padat dan 3D.
4. Tekstur
Sebuah gambar dengan gambar tekstur yang menonjol dapat merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika mencukupi, tekstur akan memberikan realisme pada gambar, membawa kedalaman dan kesan 3D ke subjek.
5. Corak
Corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lain yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama. Pengulangan itu menimbulkan kesan ritmik dan harmoni dalam gambar.
Prinsip Seni dalam Fotografi
1. Komposisi
Komposisi adalah susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar.
2. Keseimbangan
Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetri atau asimetri. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.
3. Kontra
Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain. Ada dua jenis kontras iaitu kontras tona dan kontras warna. Kontras tona merujuk pada perbezaan tona dari yang paling terang ke yang paling gelap. Kontras warna merujuk pada bagaimana warna berinteraksi satu sama lain.
4. Harmoni
Harmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan.
5. Dominan
Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan Keseimbangan boleh mewujudkan kesatuan dalam sesuatu gambar.
6. Kesatuan
Kesatuan wujud apabila beberapa elemen bercantum menjadi seperti satu entiti.
7. Pengulangan
Pengulangan terbentuk apabila terdapat beberapa elemen-elemen yang sama/hampir sama dalam suatu gambar.
0 comments:
Post a Comment