9.1 Peralatan Studio
1. C-Stand

Penggunaan C-stand untuk memegang sesuatu (reflector atau lampu) membolehkan imej dirakam dengan pencahayaan yang sama dan tidak berubah-ubah berbanding jika manusia yang memegangnya.
2. Light Cutter

Sejenis alat yang legap dan diletakkan pada bahagian hadapan lampu untuk mengurangkan keamatan cahaya. Terdapat banyak light cutter, antaranya adalah net or scrim, grid spot, barn doors, soft box, cookie, dan silk.
3. Net atau Scrim

Diperbuat daripada material seperti net dan digunakan untuk mengurangkan keamatan cahaya tanpa menjejaskan kualiti cahaya tersebut. Juga boleh terdapat dalam material besi atau fabrik.
4. Grid Spot

Mengarahkan cahaya kepada spot tertentu.
5. Barns Doors

Mengubah bentuk pencahayaan. Digunakan bersama dengan sumber cahaya langsung yang lain.
6. Soft Box

Memanipulasikan cahaya agar terserak lembut tetapi terarah. Lebih besar saiz sesuatu soft box, lebih lembut cahaya yang terserak.
7. Floor Light

Digunakan apabila anda perlu menerangi seluruh badan, termasuk kaki/kasut. Lantai biasanya boleh menjadi gelap jika floor light tidak digunakan.
8. Wireless Flash Trigger

Peranti yang menyampaikan isyarat dari kamera DSLR ke unit flash.
9. Backdrop With Stand

Adalah keperluan untuk menggantung dan menggunakan latar belakang gambar untuk hasil maksimum dalam fotografi studio.
10. Reflector

Digunakan untuk memantulkan cahaya sebagai cahaya pengisi (fill-in) yang berfungsi untuk menerangi kawasan yang gelap. Terdapat beberapa jenis/warna reflector, iaitu
i. Emas : Menghasilkan warna hangat
ii. Putih : Kesan warna neutral
iii. Biru : Menjadikan warn dingin
iv. Silver : Menghasilkan warna neutral tetapi lebih terang dari warna putih
Selain reflector, snoots dan payung juga turut berfungsi untuk memanipulasi cahaya agar imej dapat dirakam dengan pencahayan yang betul.

11. Lampu

Sebagai sumber pencahayaan di dalam studio. Lampu Tungsten atau Fotoflood mudah diatur dan hasil yang terakam adalah sama dengan apa yang dilihat ketika gambar diambil. Kekurangan bagi continuous light pula adalah silau, panas dan berkecepatan lambat
0 comments:
Post a Comment