Proses Penghasilan Karya Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar
Dalam pelaksanaan tugasan 2 iaitu penghasilan karya, saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi yang bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dalam kalangan orang ramai. Yang berikut merupakan proses yang dijalankan dalam menyempurnakan tugasan ini:
Sebelum 📸
1. Saya telah mencari dan mengakses maklumat tentang kesedaran penjagaan alam sekitar melalui laman web.
2. Saya juga merujuk contoh-contoh foto yang berkaitan dengan tema alam sekitar ataupun kesedaran penjagaan alam sekitar supaya boleh mendapatkan sedikit ilham.
3. Kemudian, saya telah memilih 2 lokasi yang sesuai untuk tujuan penggambaran iaitu Jeti Nelayan Batu Uban dan Iconic Hill di Pulau Pinang.
4. Saya telahpun memilih masa yang sesuai supaya dapat menjalankan sesi penggambaran di kedua-dua tempat tersebut.
Semasa 📸
1. Pada 20 Februari 2021 (Sabtu), saya telah tiba di Iconic Hill pada pukul 6:30pagi dan bersedia untuk mendaki Iconic Hill supaya tidak terlepas waktu matahari terbit.
Selepas 📸
1. Setelah menyiapkan sesi penggambaran foto, saya masukkan foto-foto dari kamera ke laptop untuk memudahkan proses pilihan foto.
0 comments:
Post a Comment