STELLA ENG

STELLA ENG
Unit: S3
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D90

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pages

About Me

My photo
Hai Semua! Nama saya Stella, pelajar IPG Kampus Ipoh. Blog ini adalah khusus untuk FTGK3013.

Amali Fotografi Dalam Studio dan Contoh Foto

     Pada 2 April 2021, saya telahpun menjalankan amali fotografi dalam studio. Untuk melaksanakan amali ini dengan lancar, saya telah beker...

5.0 Shutter Speed

Camera Basics #2: Shutter Speed    

    Menjelang tahun 1940, perkataan Obscura telah dibuang dan diganti dengan nama kamera sahaja. Akhirnya sifat-sifat baru telah ditambah pada kamera tersebut. Salah satu daripadanya ialah Pengatup Kelajuan (Shutter speed) bertindak sebagai pintu kamera. Cahaya boleh masuk ke dalam kamera tetapi apabila ditutup, cahaya dihalang daripada memasuki kamera. 

    Shutter Speed berfungsi mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa tertentu. Kelajuan shutter bermakna berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakam sesuatu imej.

    Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak manakala kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). Contohnya:

Kiri: Shutter speed 1/400 saat Tengah: Shutter speed 1/60 saat Kanan: Shutter Speed: 1 saat    

    Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan lensa kepada filem. Biasanya dikenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini dikira dalam unit saat. Shutter yang dibuka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk.

Contoh: 
  • Shutter Speed laju 1/1 bermakna bukaan selama 1 saat. 
  • 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. 
  • Ini bermakna 1/1 merupakan shutter speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan shutter speed paling laju.

    Shutter yang perlahan akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar statik menggunakan tangan, biasannya dan minimumnya bacaan shutter speed 1/50 -1/100 diperlukan. Bagaimanapun, ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.

Tugas Shutter Speed
1. Menentukan kelajuan yang dapat menghentikan pergerakan objek yang bergerak laju atau pantas. 

2. Menyesuaikan kelajuan dengan Aperture yang digunakan supaya filem yang didedahkan dengan cahaya normal (pendedahan yang tepat).

0 comments:

Post a Comment