STELLA ENG

STELLA ENG
Unit: S3
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D90

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pages

About Me

My photo
Hai Semua! Nama saya Stella, pelajar IPG Kampus Ipoh. Blog ini adalah khusus untuk FTGK3013.

Amali Fotografi Dalam Studio dan Contoh Foto

     Pada 2 April 2021, saya telahpun menjalankan amali fotografi dalam studio. Untuk melaksanakan amali ini dengan lancar, saya telah beker...

Thursday, February 11, 2021

Proses Pembelajaran Teknik Fotografi


    Saya membahagikan proses pembelajaran kepada 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas.


Sebelum 📸

  • Sebelum menjalankan sesi penggambaran di luar, saya telah mencari dan membaca maklumat tentang teknik fotografi dan komposisi fotografi di atas talian. 
  • Antara contoh laman web yang saya rujuk:

       

  https://www.kamerashot.com/belajar-komposisi-foto/


         http://tarmizishukri.com/asas-asas-komposisi-dalam-fotografi/

         

https://infotografi.com/belajar-teknik-komposisi-foto/

  • Malahan, saya juga merujuk laman web untuk mempelajari cara mengambil foto dengan aturan Shutter Speed, Aperture dan ISO yang sesuai. Contohnya bagi teknik Depth of Field
        https://alizaipik.wordpress.com/fotografi/depth-of-field/

        Setelah membaca, saya mendapati bahawa aperture besar (f-number kecil)   
        perlu digunakan untuk memberikan kesan depth of field yang cetek. Jarak 
        penggambaran juga perlu dikira iaitu semakin dekat jaraknya, semakin  
        sempit depth of field yang dihasilkan.

  • Saya juga sediakan nota rumusan bagi teknik dan komposisi fotografi dalam  page portfolio saya.  



Semasa 📸

  • Saya telah membuat keputusan tentang lokasi yang saya ingin menjalankan sesi penggambaran iaitu Iconic Hill, Bukit Rimbah 335, Kebun Labu Manis dan Labu Botol serta D Residence Persiaran Bayan Indah.
  • Lokasi-lokasi tersebut adalah berada dalam linkungan rumah saya tidak lebih dari 10km.
  • Saya memilih lokasi-lokasi tersebut kerana terdapat unsur-unsur alam sekitar yang menarik dan amat sesuai dengan tema portfolio ini.
  • Yang berikut merupakan keadaan dan masalah yang dihadapi semasa saya mengambil foto.

  1. Contoh keadaan bagi teknik Siluet, saya mencuba untuk mengambil beberapa foto dari sudut yang berbeza dan pilih foto yang paling sesuai dan cantik.
 



   2. Masalah yang saya hadapi semasa mengambil foto dengan teknik Panning  
       seperti penggunaan nilai shutter speed yang salah dan objek foto telah  
       dikaburkan bersama background. Pilihan tempat untuk menunggu basikal juga 
       penting kerana dapat mempengaruhi kelajuan penunggang basikal semasa  
       "downhill".

       Yang berikut merupakan foto teknik panning yang gagal 😅:





           Saya belajar dari kesilapan saya tadi dan akhirnya berjaya mengambil foto 
       sukan basikal dengan teknik Panning.



Selepas

  • Setelah menyiapkan sesi penggambaran foto, saya masukkan foto-foto dari kamera ke laptop untuk memudahkan proses pilihan foto.




  • Butiran setiap foto seperti Speed, Aperture, ISO, lensa, penggunaan tripod juga turut dinyatakan. 
  • Akhirnya, saya menyiapkan tugasan 1.
  • Kesimpulannya, saya berasa sangat seronok kerana berpeluang memerhatikan dan menikmati keindahan alam sekitar sambil menjalankan tugasan kerja kursus.
  • Melalui kerja kursus ini, saya telah memahami dan menguasai teknik serta komposisi fotografi yang betul supaya dapat menghasilkan satu foto yang bagus. 

1 comment:

  1. Wah! Hebatnya! Saya amat mengagumi ketabahan anda terhadap fotografi! ❤

    ReplyDelete