STELLA ENG

STELLA ENG
Unit: S3
Major: Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D90

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pages

About Me

My photo
Hai Semua! Nama saya Stella, pelajar IPG Kampus Ipoh. Blog ini adalah khusus untuk FTGK3013.

Amali Fotografi Dalam Studio dan Contoh Foto

     Pada 2 April 2021, saya telahpun menjalankan amali fotografi dalam studio. Untuk melaksanakan amali ini dengan lancar, saya telah beker...

Thursday, April 1, 2021

Amali Fotografi Dalam Studio dan Contoh Foto


     Pada 2 April 2021, saya telahpun menjalankan amali fotografi dalam studio. Untuk melaksanakan amali ini dengan lancar, saya telah bekerjasama dengan ahli kumpulan saya iaitu Lai Lee Min dan Chin Si Wei. Seperti yang ditunjukkan dalam foto di bawah, kami telah bergilir-gilir untuk menjadi jurugambar, model dan pemegang reflector board. Lampu LED bulat dan reflector board digunakan semasa sesi fotografi untuk memasukkan lebih banyak cahaya. 


Proses Sesi Fotografi: 
  • Saya menjadi jurugambar dan model saya ialah Lai Lee Min. Pemegang reflector board ialah Chin Si Wei.


  • Saya menjadi model dan jurugambar ialah Lai Lee Min. Pemegang reflector board ialah Chin Si Wei.

  • Saya menjadi pemegang reflector board semasa Chin Si Wei menjadi jurugambar dan Lai Lee Min menjadi model.



Contoh Hasil Foto:

Jurugambar: Stella Eng
Model: Lai Lee Min
Pemegang Reflector Board: Chin Si Wei





Jurugambar: Lai Lee Min
Model: Stella Eng
Pemegang Reflector Board: Chin Si Wei






Jurugambar: Chin Si Wei
Model: Lai Lee Min
Pemegang Reflector Board: Stella Eng




Proses Membentuk Fotografi Dalam Studio


    Pada 31 Mac 2021, saya telah bekerjasama dengan ahli kumpulan saya iaitu Lai Lee Min dan Chin Si Wei untuk membentuk satu studio yang sesuai untuk menjalankan sesi fotografi. Dalam hal ini, kami telah menggunakan pelbagai jenis alat dalam membentuk studio ini seperti kamera Nikon D90, kertas mahjong, lampu LED bulat dan reflector board


Yang berikut merupakan studio yang dibentukkan:







Amali Mini Studio Fotografi dan Contoh Foto


     Pada 2 April 2021, saya juga telah menjalankan amali mini studio fotografi dengan ahli kumpulan saya iaitu Lai Lee Min dan Chin Si Wei. Kami telah bergilir-gilir untuk menjadi jurugambar dan menukar objek seperti patung itik, Minion serta  Santa Claus. Kami berasa amat seronok dan menikmati proses pelaksanaan sesi fotografi di mini studio yang kami bentukkan.



Antara foto yang dihasilkan:

1. Jurugambar: Stella Eng Shu May





2. Jurugambar: Lai Lee Min




3. Jurugambar: Chin Si Wei



Proses Membentuk Mini Studio Fotografi


     Pada 2 April 2021, saya telah menjalankan amali proses membentuk mini studio fotografi dengan ahli kumpulan saya iaitu Lai Lee Min dan Chin Si Wei. Kami telah bekerjasama untuk membentuk mini studio tersebut. 




    Dalam membentuk mini studio ini, kami telah menggunakan barang-barang yang sedia ada serta dapat dijumpai dalam rumah. Antara barang yang digunakan dalam membentuk mini studio:

  • Kotak simpan baju
  • Kadbod
  • Lampu Suluh
  • Lampu Telefon Bimbit
  • Lampu LED Bulat
  • Patung Itik, Santa Claus dan Minion 
  • Kamera Nikon D90


Yang berikut merupakan mini studio yang kami bentukkan:




 

Tuesday, March 30, 2021

Rancangan Fotografi Dalam Studio


        Pada 30 Mac 2021, saya telah membuat perancangan untuk studio fotografi. Antara tema untuk studio saya tersebut adalah tentang hari jadi.

Birthday Party Banner Photography Background Golden Black Sparkly Gold  Glitter Decorations Backdrop Photocall Studio Photoshoot|Background| -  AliExpress

Photoshoot Background Customize Minions Backdrop for Kids Birthday Party  Newborn Photocall Photo Studio|Background| - AliExpress


Posing:

Nottingham Photo Studio | birthday photoshoot

Attractive Girl With Balloons And Birthday Hat Posing Over Pink Background  Stock Photo - Download Image Now - iStock

Free Photo | Woman model with pink air balloons. winking

8 Birthday Posing Ideas You Can Try - Emma's Edition

Friday, March 5, 2021

Proses Penghasilan Karya Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar


    Dalam pelaksanaan tugasan 2 iaitu penghasilan karya, saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi yang bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dalam kalangan orang ramai. Yang berikut merupakan proses yang dijalankan dalam menyempurnakan tugasan ini:


Sebelum 📸

1. Saya telah mencari dan mengakses maklumat tentang kesedaran penjagaan   alam sekitar melalui laman web.



2. Saya juga merujuk contoh-contoh foto yang berkaitan dengan tema alam sekitar ataupun kesedaran penjagaan alam sekitar supaya boleh mendapatkan sedikit ilham. 




3. Kemudian, saya telah memilih 2 lokasi yang sesuai untuk tujuan penggambaran iaitu Jeti Nelayan Batu Uban dan Iconic Hill di Pulau Pinang.

Jeti Jabatan Laut, Batu Uban

Bukit Gambir 甘密山登山行程完整攻略-带你一同拿下Iconic Hill 欣赏多角度槟城震撼美景! | AXTITUDE 野足

4. Saya telahpun memilih masa yang sesuai supaya dapat menjalankan sesi penggambaran di kedua-dua tempat tersebut. 



Semasa 📸

1. Pada 20 Februari 2021 (Sabtu), saya telah tiba di Iconic Hill pada pukul 6:30pagi dan bersedia untuk mendaki Iconic Hill supaya tidak terlepas waktu matahari terbit.



2. Pada hari yang sama, saya telah pergi ke Jeti Nelayan Batu Uban pada waktu petang hampir waktu senja. 



Selepas 📸

1. Setelah menyiapkan sesi penggambaran foto, saya masukkan foto-foto dari kamera ke laptop untuk memudahkan proses pilihan foto.


2. Selepas itu, saya telah memilih dua foto yang saya puas hati untuk membuat suntingan secara pengimejan digital bagi tujuan menambahbaik foto yang diambil. Saya telah membuat suntingan dari aspek light dan colour sahaja.

Sebelum Suntingan:




Selepas Suntingan:




3. Selepas siap membuat suntingan digital, saya pergi ke kedai foto untuk mencetak dan membingkaikan hasil karya saya dalam saiz 5R dan 8R.

4. Tidak ketinggalan juga, kami juga akan mengadakan satu pameran fotografi yang bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar pada 17 Mac 2021 (Rabu), pada pukul 8:30pagi sehingga 10:30pagi melalui Google Meet.

5. Segala perancangan dan persiapan dalam menjayakan pameran ini akan dimasukkan dalam tugasan 2. Contohnya, kertas kerja, senarai ahli jawatankuasa, surat jemputan kepada tuan pengarah, poster pameran, unsur-unsur keusahawanan seperti pos kad dan e-kalendar.


Thursday, February 18, 2021

Komposisi: Shape and Form, Pattern and Texture & Framing


        Pada 18 Februari 2021, saya telah mempraktikkan 3 komposisi yang dipelajari iaitu Shape and Form, Pattern and Texture dan Framing dalam pengambilan foto. Komposisi yang diatur dalam foto dapat menambah lagi kecantikan serta menarik perhatian orang ramai. 


Yang berikut merupakan hasil foto saya:


Shape and Form

Outline Rupa Bapa Saya

Shutter Speed: 1/160s
Aperture: f/8
ISO: 500



Pattern and Texture

Pagar Simen Yang Retak

Shutter Speed: 1/4000s
Aperture: f/5.6
ISO: 200



Nanas


Framing

Tingkap Dijadikan Bingkai Foto