Dalam pelaksanaan tugasan 2 iaitu penghasilan karya, saya telah merancang satu sesi penggambaran fotografi yang bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dalam kalangan orang ramai. Yang berikut merupakan proses yang dijalankan dalam menyempurnakan tugasan ini:
Sebelum 📸
1. Saya telah mencari dan mengakses maklumat tentang kesedaran penjagaan alam sekitar melalui laman web.
2. Saya juga merujuk contoh-contoh foto yang berkaitan dengan tema alam sekitar ataupun kesedaran penjagaan alam sekitar supaya boleh mendapatkan sedikit ilham.
3. Kemudian, saya telah memilih 2 lokasi yang sesuai untuk tujuan penggambaran iaitu Jeti Nelayan Batu Uban dan Iconic Hill di Pulau Pinang.
4. Saya telahpun memilih masa yang sesuai supaya dapat menjalankan sesi penggambaran di kedua-dua tempat tersebut.
Semasa 📸
1. Pada 20 Februari 2021 (Sabtu), saya telah tiba di Iconic Hill pada pukul 6:30pagi dan bersedia untuk mendaki Iconic Hill supaya tidak terlepas waktu matahari terbit.
2. Pada hari yang sama, saya telah pergi ke Jeti Nelayan Batu Uban pada waktu petang hampir waktu senja.
Selepas 📸
1. Setelah menyiapkan sesi penggambaran foto, saya masukkan foto-foto dari kamera ke laptop untuk memudahkan proses pilihan foto.
2. Selepas itu, saya telah memilih dua foto yang saya puas hati untuk membuat suntingan secara pengimejan digital bagi tujuan menambahbaik foto yang diambil. Saya telah membuat suntingan dari aspek light dan colour sahaja.
Sebelum Suntingan:
Selepas Suntingan:
3. Selepas siap membuat suntingan digital, saya pergi ke kedai foto untuk mencetak dan membingkaikan hasil karya saya dalam saiz 5R dan 8R.
4. Tidak ketinggalan juga, kami juga akan mengadakan satu pameran fotografi yang bertemakan Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar pada 17 Mac 2021 (Rabu), pada pukul 8:30pagi sehingga 10:30pagi melalui Google Meet.
5. Segala perancangan dan persiapan dalam menjayakan pameran ini akan dimasukkan dalam tugasan 2. Contohnya, kertas kerja, senarai ahli jawatankuasa, surat jemputan kepada tuan pengarah, poster pameran, unsur-unsur keusahawanan seperti pos kad dan e-kalendar.